Thursday 22 May 2014

Tanggungjawab dan Tugas Pegawai Petempatan.

SURAT PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK BIL. 9/1976

Tanggungjawab dan Tugas Pegawai Petempatan.
            Bagi memperkemaskan perkhidmatan Pegawai Petempatan, senarai tanggungjawab dan tugas Pegawai Petempatan seperti yang dirangkakan pada Arahan Pengarah Tanah dan Galian Bil. 2/75 adalah dengan ini dibatalkan dan digantikan dengan senarai baharu seperti Lampiran ‘A’.
2.                   Pemungt Hasil Tanah oleh itu adalah diminta membahagikan kerja kepada Pegawai Petempatan mengikut senarai baharu ini. Pegawai Petempatan hendaklah ditegaskan adalah menjadi kewajiban mereka menjalankan kerja masing-masing mengikut senarai baharu ini. Di dalam senarai ini ada ditentukan perkara-perkara yang mana Pegawai Petempatan bertanggungjawab atas kerja-kerja yang dijalankannya dan ada kerja-kerja yang mana pula mereka itu adalah membantu sahaja yang mana tanggungjawabnya terletak kepada Pemungut Hasil Tanah sendiri iaitu termasuk Penolong Pemungut Hasil Tanah.
3.                   Pemungut Hasil Tanah adalah juga dinasihatkan mengatur semula kerja-kerja yang mana tidak lagi menjadi tugas Pegawai Petempatan di bawah Senarai Tugas Pegawai-Pegawai Petempatan yang baharu. Pemungut Hasil Tanah diminta menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengatur semula kerja-kerja ini.



t.t.
(HAJI OSMAN BIN HAJI MD. BAKI, AMN., PCM., PJK.)
pengarah Tanah dan Galian
Perak.






Bil. (10) dlm. PTG Pk. 148-1.

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN
GALIAN, PERAK

Tarikh: 28hb. Julai, 1976.


LAMPIRAN A

TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS-TUGAS PEGAWAI PETEMPATAN.

Bil.
Jenis Kerja
Undang-undang Berkaitan
Tanggungjawab dan tugas-tugas.
  1.  
Permohonan Tanah
Sek.42 & 65 KTN,
Peraturan 2 & 9 Peraturan Tanah Perak 1966.
Bertanggungjawab menjalankan ukuran perenggan dan memberi lapuran tanah.
  1.  
Permohonan Carigalian dan melombong (termasuk pembaharuan dan lanjutan.
Undang-undang Melombong
Bertanggungjawab memberi lapuran tanah.
  1.  
Permohonan kebenaran pemindahan bahan batu
Sek. 70 KTN.
Peraturan 20 Item 61 Peraturan Tanah Perak 1966
Bertanggungjawab memberi lapuran tanah
  1.  
Pengambilan balik tanah.
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
Bertanggungjawab memberi lapuran kemajuan di atas tanah terlibat dan memberi anggaran nilaian masing-masing.
  1.  
Permohonan Lalulalang
Sek. 390 KTN
Bertanggungjawab memberi lapuran kemajuan di atas tanah terlibat dan memberi anggaran nilaian masing-masing.
  1.  
Permohonan Pecah sempadan / bahagian / cantuman.
Sek. 134, 137 & 148 KTN
Bertanggungjawab menentukan sebarang lintasan di atas tanah (viz: parit, sungai, lalu lintas, saluran letrik, paipair, telefon dan sebagainya.
  1.  
Permohonan Menukar Syarat
Sek. 124 KTN
Bertanggungjawab memberi lapuran semua bangunan di atas tanah.
  1.  
Penggunaan tanah tanpa kebenaran dan menyalahguna tanah.
Sek. 109, 425, 427 & 428 KTN.
Bertanggungjawab memberi lapuran segala penyalah gunaan tanah
  1.  
Penempatan

Bertanggungjawab menjalankan ukur perenggan, menentukan sempadan dan menempatkan pemohon selepas ukuran.
  1.  
Penguatkuasaan
  1. Pencerobohan.
  2. Syarat Nyata dan tertentu.
Sek. 425, 426A & 122 KTN
Bertanggungjawab menangkap, merampas dan meroboh seperti ternyata dalam seksyen 426A KTN. Bertanggungjawab memberi lapuran atas perlanggaran syarat.
  1.  
Permohonan Ukur

Bertanggungjawab menyedia, menjelas dan menyimpan buku-buku permohonan ukur.
  1.  
Rekod-rekod

Bertanggungjawab menyimpan, lengkap dan mengemaskini dan membawa untuk semakan PPHT atau PHT :
  1. Settlement Index.
  2. L.O Index.
  3. Demarcation Fieldbook & Surihan Ploting.
  4. Rekod Settlement.
  5. Buku Harian.
  1.  
Nilaian
Stamp Ord. Est. Duty. Ord. Dan Small Est, Ord.
Membantu PHT memberi nilaian.
  1.  
Rancangan dan Simpanan Kerajaan
Sek.62 KTN & GSA
Membantu PHT membuat cadangan dan memberi lapuran tanah.
  1.  
Perselisihan tanah (Land dispute)

Membantu PHT menyelesaikan selisihan.
  1.  
Pelbagai Kerja

Melaksana lain-lain tugas yang di arahkan oleh PPHT dan PHT.

[ PTG.Pk. 9/76 


No comments:

Post a Comment